nak bibir macam angelina jolie?

Pasti timbul rasa dilema apabila bibir anda sering sahaja merekah dan tidak cantik.Tahukah anda bahawa bibir kita mempunyai lapisan paling nipis iaitu hanya tiga hingga lima lapisan sahaja,manakala kulit pula mempunyai 16 lapisan.Bibir kita juga tidak mempunyai bulu ataupun kelenjar peluh ataupun sebum bagi melembapkannya.Disebabkan itulah bibir kita merupakan anggota paling cepat kering,paling sensetif, dan cepat berkedut.Bagi mendapatkan bibir secantik Angelina Jolie,ayuh ikut tip mudah ini.

1.Kurangkan membasahi bibir
Tabiat anda yang sering membasahkan bibir menggunakan air liur sebenarnya akan lebih membuatkan bibir kamu menjadi kering.Air liur itu ialah punca sebenar kekeringan yang terjadi kepada bibir anda.

2.Elakkan pelembap bibir berperisa
Sekiranya kamu memakai pelembap bibir yang berperisa ,itu akan mendorong kamu untuk menjilat bibir kamu sendiri.Elakkan perkara ini daripada berlaku dan bertukarlah kepada pelembap bibir yang tidak mempunyai perisa.


3.Makan banyak sayur dan buah
Jika anda sering membiasakan diri dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran ,itu akan menjamin bibir anda sentiasa cantik.Kandungan vitamin C yang tinggi di dalamnya akan memberi lebih vitamin buat bibir anda.

4.pemilihan gincu
Pemilihan gincu juga memainkan peranan penting dalam penjagaan bibir.Tidak kisah warnanya ,cuma gincu itu perlu di lihat kandungannya sebelum dibeli.Elakkan sekerap mungkin daripada menggunakan gincu jenis matte .Gincu jenis ini selalunya tidak mengandungi pelembap dan sekiranya ada kandungan pelembap pun,jumlahnya terlalu rendah serta tidak membantu dalam melembapkan bibir anda.Seelok-eloknya pilih gincu yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi supaya bibir kamu terpelihara.


5.Bibir juga harus dibersihkan!
Perkara ini sering diabaikan oleh si gadis kerana merasakan gincu telah hilang dari bibir.Sebenarnya tidak!Sewaktu mencuci muka daripada alat solek,bibir juga harus dibersihkan.Secara tidak langsung ,itu akan membuang sel-sel mati di bibir dan membuatkan bibir kamu kekal sihat,apatah lagi sekiranya kamu ialah seorang penghisap rokok

selamat mencuba..:)







1 comment:

Unknown said...

harap korang cuba ya..:)