Tak cantik my blog

Assalammualaikum semua.Lambai tangan :).sorry dah lama tak update blog ne.Sejak kebelakangan ne saya busy sangat-sangat..(busy ke?)ahaha.Tengok tajuk aku kat atas tu macam tak de tajuk lain dah kan.hehehe.maklumlah kehabisan idea sudah kan.beginilah jadinya.

Saya nak minta maaf kat korang sebab aku punya blog ne tak secantik dan se cool blog fatin liyana,fatin suhana,maria elena,cikepal,hanis zalikha dan banyak lagi.maklumlah saya masih baru lagi dalam dunia blogger ini.mungkin ayat saya pun tak menarik untuk di baca..saya akan perbaiki dari semasa ke semasa.maklumlah semasa saya PMR dapat B je bahasa melayu.kalau korang ada pendapat bolehlah berkongsi  ngan saya dan bagitau kat saya apa yang perlu di ubah dalam blog ne.


terima kasih kerana baca blog saya .ngeeeee.assalammualaikum.

raya 2012

assalamualaikum...lambai tangan :)
dah lama saya tak update blog ne..dah berhabuk dah...hehe..belum terlambat lagi saya nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin..kalau saya ada buat salah ngan korang saya ingin minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..tahun ne saya beraya kat kampung sebela mak saya d sipitang(sapa tau angkat kaki)hehe..saya rasa raya tahun ne tak meriah langsung la...mungkinkah saya sudah besar?mungkinkah memang tak meriah?yang tak best lagi masa raya pertama tu saya demam.saya demam dari raya pertama sampai raya ke empat kalau tak silap saya lah..tapi saya bersyukur la kerana dapat menghapuskan dosa-dosa kecil kan..ok.cerita pasal baju kurung pula.baju kurung saya pada tahun ini berwarna coklet.korang pula???????

e.x.a.m


asalammualaikum :)
cite pasal exam..hmmm..down terus..=_=.mmg serabut la kepala..masa ulangkaji hari tu tu memang tak masuk pun di otak aku ne langsung.sampai tertido-tido la pula tengok gambo kat sebelah tu.lebih kurang macam tu la.hehe.ntah kenapa..aku pn tak tau.macam nak belah dua ja otak ni pastu kasi masuk kertas then jahit balik...whooo...dah melampau ne....hehe.senang je dia cakap..mase datang pergi ke skola tu kepala dah pening dah nak jawab exam.lepas ja habis perhimpunan,jalan laju-laju ngan kawan-kawan sebab nak baca nota balik..tidak lama kemudian cikgu pun masuk kelas la.ceh macam buat karangan ja..ok sambung balik.memang berdebar-debar la masa cikgu masuk kelas.skali tengok soalan punyalah main susah tahap gaban.ok apa yang keluar dari otak aku ne itu lah jawapan aku..soalan objektif tu aku tambak-tembak ja masam pistol.kalau nk jawab kertas soalan 2 pn susah confirm la markah pn low kn.ada satu kejadian yang tak tau la aku nk cakap apa.telebih dahulu sebelum sya nak cerita ngan korang saya nak minta maaf to my friend sebab bagi tau ne hal.kalau.hehe.sebelum exam my friend tidak kasi pusing dorang punya meja.segala buku teks dan nota dorang simpan kat dalam laci.cikgu yang menjaga kelas kami 2 sekejap ja dia round-round kelas lpas tu duduk kat luar.aku pun tak tau la apa cikgu tu buat.masa tu la kawan-kawan saya curu-curi tengok buku..cikgu pn masuk kelas kami balik nak g round.mna tau ada yang meniru.mmg pun ada..cikgu tu pergi la meja my friend,then dia tanya eh sudah siap?,kwn saya pn jawab suda cikgu.cikgu tu pn tanya balik.eh,cepat juga siap.kwn saya pun sengih-sengih je dah tak terjawab buatnya.setiap kali ada paper setiap kali itu lah kawan saya buat begitu.hehe.habis ja exam masi lagi terfikir-fikir apa yang aku jawab tadi.ok.korang nak tau apa result saya..saya tak boleh la nak bagi tau sebab menyakitkan hati la sangat-sangat.aku belajar macam tak belajar.

baca buku sebegini banyak pun memang tak masuk

nampak macam bersungguh-sungguh saja kn.

heeeee.thankssss for reading everyoneeeeee

nak bibir macam angelina jolie?

Pasti timbul rasa dilema apabila bibir anda sering sahaja merekah dan tidak cantik.Tahukah anda bahawa bibir kita mempunyai lapisan paling nipis iaitu hanya tiga hingga lima lapisan sahaja,manakala kulit pula mempunyai 16 lapisan.Bibir kita juga tidak mempunyai bulu ataupun kelenjar peluh ataupun sebum bagi melembapkannya.Disebabkan itulah bibir kita merupakan anggota paling cepat kering,paling sensetif, dan cepat berkedut.Bagi mendapatkan bibir secantik Angelina Jolie,ayuh ikut tip mudah ini.

1.Kurangkan membasahi bibir
Tabiat anda yang sering membasahkan bibir menggunakan air liur sebenarnya akan lebih membuatkan bibir kamu menjadi kering.Air liur itu ialah punca sebenar kekeringan yang terjadi kepada bibir anda.

2.Elakkan pelembap bibir berperisa
Sekiranya kamu memakai pelembap bibir yang berperisa ,itu akan mendorong kamu untuk menjilat bibir kamu sendiri.Elakkan perkara ini daripada berlaku dan bertukarlah kepada pelembap bibir yang tidak mempunyai perisa.


3.Makan banyak sayur dan buah
Jika anda sering membiasakan diri dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran ,itu akan menjamin bibir anda sentiasa cantik.Kandungan vitamin C yang tinggi di dalamnya akan memberi lebih vitamin buat bibir anda.

4.pemilihan gincu
Pemilihan gincu juga memainkan peranan penting dalam penjagaan bibir.Tidak kisah warnanya ,cuma gincu itu perlu di lihat kandungannya sebelum dibeli.Elakkan sekerap mungkin daripada menggunakan gincu jenis matte .Gincu jenis ini selalunya tidak mengandungi pelembap dan sekiranya ada kandungan pelembap pun,jumlahnya terlalu rendah serta tidak membantu dalam melembapkan bibir anda.Seelok-eloknya pilih gincu yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi supaya bibir kamu terpelihara.


5.Bibir juga harus dibersihkan!
Perkara ini sering diabaikan oleh si gadis kerana merasakan gincu telah hilang dari bibir.Sebenarnya tidak!Sewaktu mencuci muka daripada alat solek,bibir juga harus dibersihkan.Secara tidak langsung ,itu akan membuang sel-sel mati di bibir dan membuatkan bibir kamu kekal sihat,apatah lagi sekiranya kamu ialah seorang penghisap rokok

selamat mencuba..:)